Minyak Masak | KPDNHEP tiada aset cegah penyeludupan di sempadan

2022-07-08 0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalin kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaaan bagi memastikan minyak masak bersubsidi tidak diseludup keluar negara.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,kerjasama strategik itu dilakukan memandangkan kpdnhep tidak mempunyai aset melakukan penguatkuasaan secara menyeluruh.